.

.

Sunday, February 24, 2013

Its now the turn for ASEAN Scholarship guys!


As-salam and bid a blissful day readers...




Good news to all FIVERS SPM '12! Skang ni biasiswa ASEAN dah start boleh isi.. So mesti korang intrested nak tau pasal biasiswa ni kan? Biasiswa ni under Ministry of Education Singapore, yang ditawarkan untuk semua Malaysian students lepasan SPM '12 for the Pre-Uni programme that runs for two years. 

So kalau korang terpilih dalam biasiswa ni, lepas habis study ni, korang akan dapat Singapore-Cambridge General Certificate of Education Advanced Level (GCE A-Level) certificate lah. So dalam tempoh dua tahun tu korang akan study kat mana-mana Uni top kat Singapore. 

Before apply tu, jangan lupa lak nak baca info extra pasal biasiswa ni kat laman web ni. (CTRL+CLICK to open at a new tab)

So what else do you waiting for? Apply it now!




P/S: The application period for the ASEAN Scholarships for Malaysia is from 4 February 2013 (6.00 am) to 28 March 2013 (10.00 pm)


So happy applying guys!




When Hanis Zalikha mentioned me in her tweet


As-salam and wish you guys a blissful day..

Pepagi hari ni, sambil nak makan breakfast, punyalah kesana kemari picit remote semata nak cari channel yang best sambil layan nasik ayam pedas tuh. Tekan punya tekan sampai channel TV3, tengok tengok ehh cam kenal je akak sorang ni? Haa dahtu konpem miss Hanis Zalikha ler ni..

Hanis Zalikha, along with the cast members of Gangster Celop movie, Kamal Adli, adela kena interview lam Malaysia Hari Ini (MHI). Kira cam diorang nak promote movie Gangster Celop yang tengah kebabom kat cinema lahni.. So alang-alang tu, snap pic sepam dua pastu terus upload kat Twitter..

Pas kejap tu, tak sampai 15 minit, tetiba naik notification kat Twitter.. Haa pas bukak tu terkejot wehh rupanya akak Hanis mentioned balik pasal tweet aku tadi tu! Wahhhhh tak sangka dalam beratus mentioned @haniszalikha ngan hashtag #gangstercelop, tweet aku gak yang terpilih gituh. Haa sungguh tak sangka aihh


ceh baju sama kaler ngan couch



Thanks sis Hanis Zalikha for made my day!

p/s: Camnilah contoh celeb yang kita suka, boleh appreciate fans ngan elok. 
Good job HZ!

p/s: Alang-alang tu, follow lah twitter ni skali ok. Hikhik


Tuesday, February 19, 2013

10 benda yang confirm korang pernah buat kan?


As-salam and wish an awesome day readers...!

Haa tipulah kalau dalam hidup korang tak pernah buat mende mende camni kan? Time tengok pic kat bawah ni, memang duk tergelak sensorang lah sambil duk mengimbau "ooh yang nombo lapan tu aku duk selalu buat petang-petang sambil duk lahap choki chocki" dan memacam lagilah




Ok seriously dalam bebanyak nih, satu je aku tak buat lagi - nombo 9. So korang camne lak? Konpem sepuloh sepuloh dah buat dah ni kannn??!






Sunday, February 17, 2013

Why JPJ's driving test wasn't so cool


As-salam and wish you all a pleasant day readers...

So entry ni plak sambungan dari entry ni okey..

Jadi lepas mengalami tekanan jiwa tak terkata sebab di-failed kan kat parking by the awesome pacik JPJ tadi, aku pegi lah duduk balik kat tempat menunggu tu sebab kena tunggu turn for test jalan raya (bahagian 3) pulak. 


sambil tu galak duk hafal jalan


So time tunggu tu, aku tengok lah turn aku dah nak dekat. Dalam kepala tu duk terbayang-bayang janganlah jadi camnih:

A) Dapat penilai JPJ perempuan
B) Kena drive Viva
C) Kena dua-dua sekali

Well majority memang tanak JPJ pompuan. Iyelah, kalau JPJ pompuan cerewet sikit, tak cam JPJ laki. Buat salah sikit, haa terus kasi fail. Kalau laki ni, buat-buat tak nampak ajelah kita salah. Sebab tulah time test banyak jaa penilai JPJ pompuan drive bawak balik calon sebab  fail tengah jalan tuh. For option B tu plak, weyy mana aku pernah bawak Viva! Start dari amali 3 jam sampailah penilaian pre-test, aku drive Kancil je memanjang. Or even worse, aku dapat option C! Huwarghh takmooooooooo nauzubillah

So setiap kereta yang masuk litar balik tu, aku kira ngan jari, nak match ngan turn aku tuh. Kira-punya kira, tengok tengok time turn aku tu Kancil pun sampai. Whoa at first excited lah nak dapat Kancil, haa pastu intai dalam hambek kau JPJ pompuan! Adoooi tawakkal ajela.

nak google pic jpj pompuan takdelah plak..
ahh jpj laki botak pun jadi lah


Pas turn aku kena panggil, aku pergi lah kat kereta aku tuh, sambil bawak test card tu semua. Bukak pintu, time nak bagi salam, tetiba plak jadi confuse, aku nak panggil penilai JPJ ni ape? Pastu tetiba plak teringat kat Cik Epal, dia lulus driving test sebab dia panggil penilai JPJ taraf pacik tu as 'abang'. Haa mau tak dia terus lulus ngan jayanya gituh.

Nak panggil puan, kalau dia tak kawin lagi mati aku kena fail pulak. Nak panggil cik, cam tua sangat for that gelaran lah pulak. Ke nak panggil kak? Ehh nanti dia perasan muda lah pulak. Eh lantaklah aku nak panggil dia apa pon, yang penting aku nak drive nihh

Time pas bagi salam tu, aku serah borang, pastu aku mintak izin nak mula pre-drive checking. Pakai seatbelt, betulkan segala cermin, signal apa semua tuh, pastu aku perasan enjin kereta dah hidup dah, siap pasang aircond level 3 dah. So lam step tu adalah kena start enjin lam keadaan kereta free gear. Eh tapi enjin dah siap hidup dah ni, camna ah? Kalau tak buat nanti tak pepasal hilang markah. So aku matikan balik enjin tu dan tetibaa..

Penilai JPJ : Kenapaaaaa pulak awak matikan enjin tuhh??! Awak tahu tak saya panass nih, saya panasss nih tahuu!!!

Aku : Oops sorry sorry akak eh macik eh puan eh cik! *hahh tudia 4 kata ganti nama diri aku hentam sekaligus


"sebab awak tutup aircond saya,  saya bagi
 awak FAIL terusssss!!! " *ok just kidding doe


Ambooi macik jpj sorang nih bising betol lah pulak. Nanti aku tak buat kena potong markah laa pulak, pastu kalau buat komplen panas lah pulak. So aku redha jelah dapat penilai si maharani lilin nih. So lepas siap checking tuh, macik JPJ tu suruh pergi jalan A. Aku pun cam hahhhh dahla jalan A paling aku tak familiar! Sepanjang latihan tu aku lalu jalan B ngan C je banyak, jalan A pulak ade lah lam 2 kali. Habislah aku camna nih. Tapi nasib baik gak aku still  ingat jalan A tu camana.

So habis doa ngan selawat ngan bismillah, aku pun start drive. Kereta aku dapat tu Alhamdulillah takde prob, smooth je time drive tu. Time keluar jalan besar tu pun, nasib baik jalan agak lengang. Kat simpang pun takde banyak kereta sangat. Fuhh legalah kejap.


kereta manual amatlah cerewet.. tapi best
plak kalau nak drive than auto


Pastu sampai kat satu simpang nih, memang wajiblah kena berhenti, free gear ngan angkat hand break. Tapi dia cakap "Awak terus jalan cepat lahh..". Huh? Aku pun cam eh nak ikut dia ke nak berhenti gak? Ke ni taktik JPJ nak test kita? Nanti aku tak berhenti kena fail pulak kang.. Kalau aku stop kang nanti si maharani lilin nih naik taraf jadi maharani potpet lah pulak

Sebab simpang tu memang takde kereta, so aku terus jalan tak berhenti. Pastu baru perasan tadi ehh aku lupa bagi signal! Haa dah kena pangkah lagi satu kotak. Nanti cukup 5 pangkah memang habis dahh aku! Dahla time nak turun hand brake tetiba stuck. Panik gaklah awat hand brake ni tak turun turun? Tudia tolak gak sekuat hati, barulah leh turun.

So dah takyah fikir banyak, aku just concentrate kat jalan, sampailah aku nak dekat sampai kat satu simpang nih, tetiba penilai JPJ tuh cakap suruh ambik kanan. Eh kanan? Bukan kiri ke? Aku just angguk tapi aku sedar jalan A kena pergi kiri lah macik sayang hoi




Aku bagi signal kiri jugak haa pastu penilai JPJ tu cakap, "Kanan! Kanaaaaan!". Ahh sekali lagi. Aku dah rasa cam aku drive ngan GPS voice volume 10 takleh buat turun dah. So tanpa banyak songeh aku masuk ajela belah kanan. Ouh rupanya ni shorcut! Huhoo suka lah gak, tak perlu drive ikot jalan betul, just ambik shorcut. So aku drive tu just 1/4 dari actual route. So aku drive balik sampai Yakin Pandu tanpa sebarang kemurkaan maharani lilin/potpet tu lagik.

Sampai je nak parking tu, penilai JPJ tu tanda lah borang yang mana patut. Berdebo gaklah duk tepi tuh sambil duk intai-intai kat kotak (lulus/kandas) tuh. Haa pastu dia bagi lah borang aku tuh sebab nak sign. Haah the moment of truth, aku lulus ke tidok nih? Jeng jeng jeng..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Scroll bawah lagi Bedah, bawah lagi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

(ouh nama kau Bedah ghupanya? Ahahahahh!)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

censored weh nama penilai?

LULUS!


Yeah lulus gak test jalan raya nih, Alhamdulillah dapat 17/20. Aku kena pangkah kat tak bagi signal, tak guna brek tangan/kaki ngan betul pastu kesesuaian gear mengikut kelajuan. Okey lah, even bahagian 2 kena repeat, bahagian 3 lulus gak. Kalau yang ni aku failed gak, mahu tak aku mogok nak bako JPJ. Eh nak bako JPJ lah konon, padahal ngaku jelah yang ngko tu bukannya reti nak drive ponnn. Over


Pangkah jangan lebih 4 kotak sudahh


Sambil nak tunggu test card aku tu siap proses, adelah akak cina sorang ni yang dapat penilai JPJ sama ngan aku tuh. Time nak start drive tu, muka dia bukan main cuak aku tengok. Duduk lam 5 minit pastu, aku tengok sebijik kereta kancil ni bapak laju drive masuk litar balek! Tudia ahh tau lah expert driver pon, agak-agaklah bawak laju lam litar. Haa sekali tengok tu ehhhh nape macik JPJ tu yang bawak? Haa akak cina tadi confirm dah fail lah ni. Aku tengok muka dia, cam nak menangis dah. Sure lah ni dah kena tarbiah secara intensif ngan macik JPJ nih.


ngko dapat perfect 20 ke? ade ku kesah? Ahah

So pas dapat balik tets card aku tuh, kena lah pergi kaunter kejap nak booking test repeat bahagian 2 plak. Overall test hari nih okeylah gak, takdelah teruk mana pun. Balik je kat rumah, terus aku tahu yang penilai JPJ tadi adalah orang yang sama yang nilai kakak sulung ngan kakak second aku! Hahahhh memang anak beranak Che Azuha memang ada jodoh lahh ngan macik JPJ sorang nihhh! Tak sangka betoi.. Takpelah macik/puan/akak/cik/maharani lilin/maharani potpet, ade baki lagi dua adik saya nak test pulak nanti okey


So to all yang bakal ambik test/bakal repeat test JPJ tu, good luck lah ehh!



Thursday, February 14, 2013

When the PARKING part FAILED me up


As-salam and wish you guys a nice day

Before nak explain pasal title entry yang sangat menyakitkan hati tuh, jomm kita start cerita dari awal lagi okey..




Time nak ambik test JPJ lah fasa yang paling menakotkan bagi driving newbie nih. Aku dapat date 13 Feb for the test, eventhough aku dah siap session driving learning tu bulan Jan lagik. Tudiaa ah nak dekat 3 minggu kot tunggu baru nak test! Mau tak lupa step pulak kang

Tapi nasib tak baik pulak before hari test tu aku demam panas lah pulak. Cam tak larat lah pulak nak ambik test, tapi bila pikir balik, kalau aku postpone test, entah bila lah pulak nak dapat turn. So aku gagahkan laa jugak nak pergi, even masih demam. The night before, punyalah fikir tu, fikir nih, memacam lah dalam kepala ni duk recal step tu lah, step ni lah.. Nervous tu takleh kata lah

Hari test. Aku dapat sesi 10.30 pagi, turn number 2! Haa awal jugak tuh. Tunggu punya tunggu turn, sambil pakai number tag. Test session 8.30 pun tak habis lagi, so kena tunggu lagilaa. Then after an hour and half of damn boring waiting, turn aku pun sampai. Fuhhh aku doa lah nak dapat kereta yang ok, takde pape prob. So aku kena buat bahagian 2 dulu, which is the bukit, side parking ngan tiga penjuru part..


welcome welcome


Dengan lafaz bismillah, aku start kat bukit. Dahla bukit tu depan-depan orang yang tunggu turn tu. So kalau kita fail kat situ, haa habis diorang tengok. Malu ooo, aku pun harap kalau aku ditakdirkan fail kat bahagian 2 pun, janganlaa kat bukit plizzz. So aku start masuk gear, nak gerak siket, tetiba enjin mampos pulak. Abang JPJ kat atas tu dah lambai-lambai suruh naik. Aku pun start balik enjin pastu vrooom terus pecut naik  bukit

First trial, aku cam tak confident je tayar ni dah cecah line kuning ke belom? So aku undur balik lah nak buat second trial. Pastu kali kedua buat tu paap perfect kena atas line kuning, haa galaklah lah aku angkat tangan tinggi-tinggi. So nak part nak turun lah pulak, lagilah gerun. Kalaula kereta kau tu mengundur sikit pun, haa teroih FAIL atas mukaa! So aku tekan minyak sampai 4, angkat clutch sikit-sikit, feel kereta cam nak gerak dan... boom enjin mampoooos lagik!

Oh my BATA! Aku failed dahka? Tengok kat JPJ tu dia pandang kat lain. So aku cepat-cepat start balik enjin, ulang balik steps nak turun bukit, pastu Alhamdulillah kereta aku turun gak ngan selamat. Time keluar nak ambik borang, dalam hati.. adooyai kat bukit pun dah sangkut baai!


lulus ke tidok nih?


Time ambik borang nak sign tu tengok tengok EHH LULUS! Fuhh nasib baik syukur. Even kereta mati pun, tak failed, unless kalau kau mengundur, tu baru failed. So ngan joyfulnya aku proceed kat side parking. Time nak hand in form aku kat penilai JPJ bermisai tebal kat pondok tu, aku tanyalah something:


Aku : Assalamualakum encik, ni borang saya

Encik JPJ : ....................... *no respond - wey wajib jawab salam

Aku : Encik, lot parking saya mana satu?

Encik JPJ : Cepatlaaaaaa pergi buat parkinggg tuhhhhh!!!!!!! *tudia menengking


Erk hello? Aku tanya ngan elok, aku kat lot parking mana, bukan sedap pacik JPJ sorang ni balas. Amboi pacik, indahnya bebeno budi bahasa pacik eh? Haa aku apa kisah, aku blah terus pergi kat parking kosong. Nanti salah masuk lot plak, tak pepasal aku failed. So start lah buat parking tuh. Aku ikut step betul-betul, memang aku hafal habis dah steps tuh. Dah siap tu aku tengok semua tayar ngan body kereta masuk, pastu aku angkat tangan.


eh tapi aku test pakai Kancil


Weyyy punyalah lama gilak aku angkat tangan, tapi encik JPJ tu tak tengok kat aku pon! Dekat seminit dua gakla aku duk angkat tangan, sampai berlecak ketiak tahu. Pastu encik JPJ tadi pun duk jerit dari pondok dia:

Encik JPJ : Awak number berapaaaaaa??!

Aku : Duaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! *kena jerit sikit sebab jauh gakla lot parking ngan pondok JPJ tuh

Encik JPJ : Awak keluar sekarang, mari sinih!

Aku : OMG ARE YOU FRICKINLY FAILING ME RIGHT NOW HUH?!! *monolog ajela




Sampai je kat pondok tuh, kena terus atas muka, "Tuh awak nampak tuh, kereta awak dah langgar line putih tu, so awak FAILED!".. Huwarghhhhhhh sambil sign form aku tuh sambil nak menjerit pun adaa! Lepas tu kena bawak balik form tu kat tempat menunggu. OTW tu aku lalu lah kejap kat lot parking aku tuh. Aku tengok WADDAHEL THE CAR DIDN'T EVEN TOUCH THE WHITE LINE MANNN! Memang lah tyre tu nak dekat dah ngan line putih tu, tapi still ada jarak sejengkal lebih lagi weh! 


hah ambek kau KANDAS troih!


Punyalah frust tak terkata. Even dah terang lagi bersuluh lagi kereta aku tu tak jejak lagi line tuh, aku terus kena FAILED pulak. Tulah time aku duk buat tu bukan pacik JPJ ni nak tengok pon. Dahla dia duduk jauh, entah nampak ke tak tahu line putih tu. Terus kereta tu cam dekat sikit, terus consider dah kena dah. Tapi nak buat camna, even kita tak patut fail pun dah kena fail kat encik jpj super duper bertauliah gitu lah pulak..

So aku pun terus balik kat tempat menunggu ngan muka bengang gilak. Tunggu jela turn jalan raya ngan emosi terganggu doe. Tulah terpaksa nak kena repeat test untuk bahagian 2 nih. Tak pepasal melayang pulak duit semata nak repeat test nih. Tension tension tensionnn sebab kita fail bukan sebab kita, tapi sebab penilai yang buat kerja tak berapa nak telus. Kalau aku fail sebab memang aku terlajak rempuh line tu, yeah aku terima redha ja.. Tapi nak buat camna, ada hikmah lah di sebalik kejadian ni.


hah terus jadi cenggini


P/S: To all penilai JPJ, please lah buat kerja anda ngan sebaiknya. Janganlah sebab anda buat acuh tak acuh time calon buat test tu, huh terus nak  kasi FAIL!

P/S/S : Haa nanti update test jalan raya (bahagian 3) dalam entry lain. Fuyooh lagi extreme penilai JPJ aku dapat kali nih! Tunggu tunggu!





Saturday, February 09, 2013

Are you intrested to pursue engineering in Japan?


As-salam and bid an enjoyable day readers

Wahh sebut aje pasal Jepun, mesti kita terus imagine mamat/minah mata sepet putih melepak, anime ngan manga pujaan ramai, pastu ngan baju kimono labuh terseret-seret sampai boleh ganti tugas vacuum gitu plak

So good news for all SPM 2012 leavers who are intrested to study engineering in Japan, the scholarship application under Yayasan Pelajaran MARA is now open! Whoa program ni gak femes ngan nama Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD)



So tunggu ape lagi? Apply lah skang! But before that rajin-rajin lah baca syarat kelayakan ngan info berkenaan kat SINI. (CTRL+click to open in a new tab).



Biasiswa ni hanya terhad untuk 80 orang jer. So tiap tahun 80 orang akan terpilih, 40 orang tu dalam course mechanical engineering and the rest 40 dalam course electric/electronic engineering lah. Sistem study dia plak kita akan spend 3 years for diploma in Malaysia and the rest 2 years, for degree, terbang terus pergi Jepun lahhh.



Haa kat satu kolum tu ade kan kena pilih uni mana kita nak pilih. So kalau nak tahu ranking uni terbaik kat Jepun ni, click aje kat SINI.

Closing date : 27 Febuari 2013

So what else are you waiting for? Apply now guys!


Wednesday, February 06, 2013

Huh lesen punya pasal


As-salam and wish you guys an awesome day!

Sudah jadi lumrah SPM leavers, bila aje tanya diorang nih, 'eh ape plan kau pas SPM nih?', mesti jawab AKU NAK AMBIK LESENNNN! Ouh almost 60% jawab camtu and the rest 40% jawab kami nak tidoqqq! Ceh sempat ngko nak buat analisa tak berasas pulak

Habis jaa aku jawab paper last - LK time SPM hari tuh terus mak ayah aku suruh aku start buat lesen. At first aku ingat nak buat license kereta je tapi bila pikir balik ehh alangkah abnormalnya kalau sorang laki tu takde lesen motor. Lagipun mak ayah aku nak sponsor 100% kos semua nih, so aku on jer.


berhematkah anda? erk maybe


So plan awal baru je nak start hibernate pas SPM madness, ayah aku dah siap register driving lessons kat Yakin Pandu dah. Start dari kakak sulong sampailah ke aku, kat sini jela kira tempat tradisi anak beranak nak buat lesen. Aku ingat sampai tujoh generasi aku plan nak buat lesen kat sinih.

So kelas first, kelas KPP kena hadap ceramah undang-undang jalan raya sampai 5 jam! Lepas kelas nih ehh tak sangka pulak jalan raya nih sebenarnya penuh sangat ngan undang-undang yang well obviously orang tak ikot ponn

Lepas KPP 5 jam duk mengadap ceramah tuh, pastu kena ambik test komputer laa. Plan nak ambik test tu 24 jam lepas KPP tapi esok tu kena pegi UTP Educamp lah pulak. So test tu kena postpone minggu depan. Punyalah kemain jawab habes 500 soklan dalam buku undang-undang, yeah time tu tekad betol nak score 50/50. Ingat ke sape yang dapat perfect 50 leh terus dapat P ke ape, tapi obviously aku ni nonsense laa pulak.


hah jawab ikot logik ajelah


Tapi mostly soklan test tu lawak gilaaa doe. Sambil jawab sambil duk gelak kecik, nak gelak beso nanti abang JPJ jaga kaunter marah laa pulak. Soklan taktau terus main hentam gedebum tengok tengok ehh dapat 47/50! Alhamdulillah lulus kalau tak nak kena repeat melayang pulak tigaploh hingget tak pepasal plak.

Lepas lulus test komp tu masuk laa pulak bengkel 3 jam untuk kereta dulu. Dapat driving tutor perempuan, syok betol dengar cikgu ni bagi ceramah. Tapi highlight dalam bengkel tu ade lah sorang pacik nih lam 60an camtu masuk bengkel jugak. Tapi pacik nih semangat gila ooh masuk bengkel, habis soklan akak driving tutor tu tanya pacik nih punyalah beria nak jawab. Even jawapan dia amatlah tak menepati kehendak soklan gitu tapi yeah kitorang adore his spirit nak driving. Yeah who's on the team pocik??!



hah resit bertimbun


So lepas bengkel praktikal 3 jam, kena lah buat bengkel amali lagi 3 jam. Time bengkel nih sorang akan dapat cikgu sorang satu lah dan aku dapat cikgu T. Cehh glemer nama aku kasik. So dekat 2 jam jugaklaa duk main pusing ligat dalam litar sampai naik pening akuh. First time driving ooh, mana tak syok pulak, sampai cikgu suruh pusing kanan aku terpusing kiri, terus masuk lane orang hah teroih brek mengejut laa depa tuh. Ehh aku pulak blah ngan buat muka "eh apa neraka yang berlaku???". Muahahahahahh buat cam litar Yakin Pandu ni opah aku punyaa??!

Time bengkel praktikal ngan amali motor plak paling aku rasa cam paling buang masa. Dah time praktikal 3 jam motor tu, hujan turun lebat gilak. SO KITORANG TUNGGU AJELA BAGI CUKUP 3 JAM SAMBIL DUK TENGOK HUJAN TANPA BUAT PAPE. 3 JAM OOH, NAK TIDOQ SAMPAI MIMPI YEAH AKU DAH DAPAT LESEN P PUN SEMPAT WHAT?

So lepas amali 3 jam tu, at last dapat laa jugak lesen L aku. Bangga kot time melangkah keluar dari JPJ sambil teringin nak jerit "hooi aku ada lesen L dah! Kau adoo?". Eh helloo lesen L aje baru, buat cam ngko dah ada lesen nak bawak Sukhoi laa ehh


yeah model colgate dapat lesen L


Dah ada lesen L tu so dah boleh start ngan latihan 9 jam. Aku spesifik kat latihan kereta dulu lah ni. So aku dapat cikgu Y, tapi aku harap nak stick ngan cikgu T je coz cikgu T memang syok habes. So aku harap cikgu Y ni baik ngan best cam cikgu T lah.

Tapi... OMG CIKGU Y NI GARANG GILAAAAK! Aku rasa cuak + panik + tension tiap masa bila time driving lessons tuh. Aku bagi signal awal, dia marah, pastu bila aku angkat signal balik dia marah pulak apasal tak signal nak masuk simpanggg?! Huwargh nak menjerit aku lam kereta tuh JUST SHUT UP AND LET ME DRIVE OKAY! Tapi aku senyap ajela time kena marah-marah tu. Tak lawan cikgu, nanti jadi anak murid derhaka.

Time cikgu ni duk je sebelah aku time drive, semua benda jadi cam tak kena. Naik bukit konpem terundur balik, masuk parking terlebih petak, masuk tiga penjuru telajak pusing stereng sampai nak rempuh divider dan sebagainya. Ehh tapi time cikgu tu tak duduk sebelah aku plak, semua benda aku buat menjadi. Fuhh ni baru cikgu driving garang, haa nanti test JPJ lagi lah aku takleh imagine camnalah abang/pacik/akak JPJ tu nanti?




Tapi nasib baik cikgu Y ni garang time awal-awal je. Mana tak cikgu driving tak naik hangin bila anak murid dia nak masuk simpang pun tak bagi signal, tak slow langsung pulak tuh, pastu pergi redah bonggok selamba beruk ngan tak brek sampai rapat terhantok kepala cikgu ngan siling kereta, pastu siap baham gear 4 time kereta duk 10 km/j?? *padahal time tu aku nak masuk gear 2, tapi telajak masuk gear 4 lah pulak

Tapi lepas aku dah tak repeat mistake simple camtu, cikgu Y tu dah mula baik dah. Lepas 9 jam driving lessons tu, jadi cam suka lah pulak belajar drive ngan cikgu nih. Cikgu tu pun dah tak marah aku lagi dah. Kesian pulak cikgu Y ni dapat student driving yang bengap sikit cam aku nih. Kalau aku lah jadi cikgu driving yang ada student spesis meroyan camni memang dah letak jawatan lama dah. Sori sori cikguuu. Tapi serius beruntung kalau korang dapat cikgu cam cikgu Y nih. Serious aku cakap!


litar yang aku dah jemu nak tengok...


So mari cerita pasal latihan 9 jam motor pulak. So dalam 9 jam tu kitorang kena pusing litar jalan raya, meniti, halangan kon, brek kecemasan, pusingan 8 ngan selekoh tajam. Boring tu takyah nak cakap lah, 9 jam aje duk pusing tempat yang sama.

Tapi yang paling aku takut meniti lah. Kalau tak jatuh gedebuk dari titi tu, aku terlebih laju lah pulak. Rekod terbaik 4 saat kot aku congak. Tapi paling tension time brek kecemasan loh. Punyalah first time trial tu tak menjadi, sampai cikgu motor tu naik panas ngan aku. Berapa kali dia tunjuk demo kat aku cara nak buat, haa siap cakap kat aku lagik, "awak ni tak reti bawak motor ke?!" Punyalah ramai orang takut ngan cikgu garang nih, haa dahtu aku dah kena berbijik-bijik kat cikgu ni alone. Takpe sabar, demi lesen.. demi lesen.. demi lesen, bermonolog sensorang sempat jugak


yeah exactly true


So lepas habis dah latihan 9 jam untuk kereta ngan motor, so skang ni kena tunggu test JPJ lah pulak. Test JPJ for motor aku dah siap, haa nanti aku cerita kat post lain. Test kereta pulak 13 Feb nih. Target aku nak buat test sekali aje, taknak repeat-repeat dah, buang masa ngan duit je. So apa yang aku dapat cakap, benda apa yang korang habiskan sepanjang proses nak ambik lesen sepanjang kat institut memandu nih:


What you actually  do in sekolah memandu:



So bagi yang baru nak ambik lesen tuh, aku wish good luck lah okey. Jangan lupa bawak benda yang tak memboringkan along sebab memang duk kat sekolah memandu nih menungguuuuuuu aje kerja. Bagi korang yang sedang ambik lesen tuh, drive/ride lah ngan berhemat, jangan bagi cikgu driving korang naik hangin cam aku duk selalu buat. And for those yang nak test JPJ nih, doa-doa lah lima kali sehari semalam mintak dapat penilai JPJ yang buat-buat tak nampak time korang buat salah.


So happy driving!





Friday, February 01, 2013

SBP students on acting


As-salam and wish you all an awesome day...



Ehh sapa still duk ingat students SBP ni hanyalah sekadar makhluk yang kuat study, pakai spec bingkai tebal  gedabak, kehulu kehilir pakai seluar paras atas pusat dan segala bagai elemen yang berteraskan skema dan nerd. Yeah itu first impression majority. Kot

But hello kitorang takdelah skema + nerd tahap maksima seperti yang majoriti sangkakan. Heyy kitorang pun boleh acting what? Tulah geng actors ngan director editor bagai kemain bersungguh nak buat short film untuk tayang time grand dinner fivers dulu. Dahla time proses shooting tu ehh SPM sebulan lagi nak tiba, tetap diorang ni bersungguh nak buat. Tepok tepok tangan for their determination!

At last lepas busy shooting, we came out with this result! Nasib baik sempat siap before nak kena tayang time grand dinner tuh. Time tayangan tu plak, mana tak kami semua ketawa tak berhenti, ngan scene ngan dialog lawak gilaa. Fuhh nasib baik tak runtuh Holiday Villa Alor Setaq dek gelak ketawa mega hasil kombinasi pelajar + guru + staf malam tuu.

Ok kalau korang nak tengok, play ajela video-video nih. Ade dua part altogether :

SYNOPSIS: 

Inside : Kupsis

Living a life with full of anger due to gangsterism, Semsul really had a harsh time as a teenager. But he is willing to change in order to be a better youngster. He simply didn't want to waste his golden youth time by doing something useless. But he had to face a big problem because his biggest enemy came back to settle down the conflict between them. Popoi, the notorious mafia, was really frustrated with the new Semsul who seems to transform in becoming  a better man now.

PART 1




PART 2




Haa dah tengok short fim tu, jom kita kasi kenal ngan team produksi ngan actors semua:


Left : Syaqib Sukiman (Videoman)
Right : Ameerul Hafiz (Director/editor)

and the board of actors..
(credit to: Syaqib Sukiman)

So korang, camna short film kitorang nih? Suka ke tak? Anyway happy watching!



Followers