.

.

Monday, August 20, 2012

Mercun dan raya, raya dan mercun

Salam syawal buat semua..Amacam raya? Body naik berape tan dah?

Mercun ni dah kira sebati asam garam ngan hari raya kan? Kalau nak dekat raya tu, even awal Ramadan pun dah kebabom sana sini diorang ni main sakan. Tambah lagi time orang kalut nak bukak posa, diorang kalut lak nak pasang mercun. Mane tak tersedak time minum air bukak posa. Yang spesis macik kuat melatah ni, tiga minit doploh lapan saat tak berhenti lagi ngan gaya latah terkininya.

besar panjang ni duk pi main mercun lagi kaa?

Dalam entry ni aku nak kongsi laa sikit experience aku main mercun ni. Time kecik-kecik dulu jaa aku main benda ni. Tapi time dah besar panjang tuan nak jawab SPM bulan 11 ni dah tak main dahlaa. Haa ngko nak jawab Add Maths pakai kaki kaa? Nak tekan-tekan kalkulator guna hidong kaa? Eish takmo takmo nauzubillah. 

Kalau nak kira dulu, kalau nak main mercun pun, time ayah aku takde. Dulu memang liat nak ikot papa naik motor pergi surau solat Tarawikh tu. Kalau dah solat Maghrib tu dah dikira budak yang dengar cakap mak ayah what. Pastu time ayah aku dah pergi surau, aku haa apa lagi, buat keluar semua jenis mercun yang aku ada, pastu pergi join group bebudak satu lorong nak main mercun. Yang selalu aku main biasa yang jenis camni ahh:


Mercun mancis. Yang ni mercun paling glemer. Pergi jaa mana-mana mesti ade orang yang duk main benda ni. Tak tahan dulu punyalah semangat nak hidupkan sumbu yang warna kuning tu, pastu lontar jauh-jauh ngan terus bukak langkah doploh ribu meter nak lari selamatkan diri. Lari bukan main jauh lagi cam bom atom nak jatuh atas batang hidong. Biasalah budak-budak hingos meleleh dahulu kala...


Mercun roket. Yang ni plak bagi hidop sumbu tu pastu tengok dia naik atas pastu meletop. Dan hari tu budak mane entah pasang secara horizontal, yang langgar hukum alam sepatutnya kena pasang secara vertical. Pastu nak terbang tu teroih kejar kami semua. Aku punyalah cuak sampai berlari masuk longkang. Tengok belakang tue ehh semua kengkawan aku dah masuk longkang ghupanya.


Mercun gasing. Yang ni mercun yang sopan lagi ayu. Mana taknya, benda ni akan pusing-pusing ligat keluar cahaya warna warni di aidilfitri gitu. Tapi kalau tetiba dia pusing-pusing masuk bawah kain orang, tu kita dah boleh panggil mercun yang miang harap maklum.


Mercun das. Lagi banyak das die, lagi panjang lah mercun ni. Yang 50 das tu panjangnya kita dah boleh buat kait pokok cili. Time main ni dulu, lepas pasang sumbu tu tetiba tak keluar pape pon? Punyalah pelik so aku jenguk intai lah dalam tu. Lepas jaa 3 saat aku tengok, tetiba zupp zupp poww keluar jugak. Fuhh naseb baik gak tak kena muka kalau tak esok hari konpem muka aku terpampang dalam kolum 'Bahana Mercun' paper Berita Hairan. 


Mercun bola. Yang ni kalau main dah boleh cop paling gengster ah time tu. Mana taknya, mercun ni memang kuat kebabomm punya bunyi. Pasang jer sumbu tu lontar jejauh bak atlet lontar peluru Olimpik pastu tutup telinga rapat-rapat. Haa dah letup tu punyalah bangga balik rumah terus update status friendster. *ouh pesbuk tak wujud lagik

Main pun main.. Tapi lak time ayah aku balik, haa tudia ahh lari 100m relay ngan adik aku cam quartet Jamaica masuk rumah cepat-cepat. Haa tau pun takot ngan bapak sendiri larang jangan main mercun, beriya nak main jugak. 

Ehh tapi satu hari tu ayah aku pun terikut join sesama main. Time tu sape entah bagi mercun memang banyak giler. Nak taknak main laa jugak. Pastu ada satu mercun ni dia apekepelik siket. Aku pun tak tahu mercun apodio nie. So bagi rungkaikan persoalan di minda, ayah aku pasang lah kat atas tong sampah. At first, keluar dulu cam bunga api oow oow cantik jugak. Pastu tetiba kebabommmm haa meletop mak nenek kau taraf kuasa hiroshima eh hiperbola laa pulok. Tak sangka benda ni leh meletop bukan main kuat punya sampai tudung tong sampah melayang doploh kaki masuk lam rumah jiran, tong berlubang sana sini pastu sampah dalam tu berasap-asap cam ikan siakap masak stim jer aku tengok. Okey esok tu papa habes limablas hingget nak beli tong sampah baru.


haa berani main macik sorang ni mai marahh tau

Main pun main laa jugak. Keselamatan diri tu kena jaga jugak. Tapi duk cakap-cakap tu bukan depa ni nak serik pon. Putus laa tangan kaki hatta bulu hidong pon, ade depa nak kisah? Tapi kalau polis mai tangkap masuk lokap aku tak tahu lah. Beraya lah korang dalam lokap dihari yang mulia ini. Skang ni pon mercun ngan bunga api ni memang dicop  haramm  oleh ayah aku. Iye lah, bukan ade pekdah pon duk main benda ni, bakar duit membazir camtu jaa amalan syaitonnirrojimm..




0 orang budak A+ Add Maths:

Followers